Pages

Thursday, 24 September 2015

KULLU SANAH WA ENTUM TOYYIBIN

Salam 10 Dzulhijjah 1436.

Selamat hari raya qurban!
Happy eid everyone!

Hari ni macam tahun-tahun sebelum ni, raya kat Alexandria buat di MARA. Datang lamabat sikit, fuhh nasib sempat solat raya jemaah. Selalu solat lambat sikit, tapi kali ni cepat pula. Maybe sebab cuaca panas kot.

(eh? ke kau yang lambat? hahaha)

JKJK. Memang solat kali ini, buat cepat. Lepas solat, macam biasa lah, khutbah raya. Habis je, Ustaz Sofi (Pegawai Mara Timur Tengah) bagi sepatah dua kata. Ambik sebijik! Ustaz pesan supaya jangan lupa tanggungjawab kita sebagai pelajar. Lupakan perkara yang lagha tu.

(ustaz bagi contoh dota. Tapi bukan dota je, tengok youtube tak ingat dunia pun lagha jugak. Setepek kat muka!)

Pemandangan dari bumbung bangunan MARA Iskandariah. Dan mural cantik sapa ntah buat.
(Kredit : Oppo N1 Mini - phone sendiri)

Then, ada jamuan sikit. Mee sup dan air sirap (I guess?) . Dah habis makan, tangkap gambar semua, pegi laut. Peh, tak tau panas dia ~~~~~~~~~~~~~~ . Demi gambar, sanggupku redah.

Lama tak jumpa Laut Mediterranean.
(Kredit : Oppo N1 Mini- phone sendiri)

Gambar atas ni dengan petite-housemates. Gambar memang cantik, tapi realiti nya, panas lahai waktu capture ni. 

Pegi pulaa rumah Kak Mai, makan lagi. Hmmm, sedappppppppppppppppppppppppppppppppppp weh tak tipu. Semua boleh proceed la lepas ni. Kihkihkih. Sembang banyak juga lah. Lama tak jumpa. Gelak-gelak. Best sangat. Rasa macam beraya dengan family sendiri. 

Ni raya kedua last sebelum graduate. Tahun depan, kalau sem start lambat, maybe raya di Malaysia. Apa pun cherish lah moment yang ada ni. Bukan senang nak dapat peluang macam ni kan?

Okay.

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kepada SEMUA UMAT ISLAM.
Moga yang terindah buat anda!
Jangan lupa juga kpd yg telah pergi.
Dan..
Al- Fatihah kpd jemaah Haji yg terlibat dalam stampede hari ni. Moga bersama pejuang Allah.

~~~

Saturday, 19 September 2015

WINGARDIUM LEVIOSA

Salam.

Good evenin' !
Hari ni, adik aku fly sambung belajar jurusan Matematik. Degree. Di bawah tajaan KPM-Matrikulasi.

Tengok ayah post gambar, terharu rasanya. Sedih. Happy. Bercampur-baur. Aku tak dapat hantar sebab dah start kelas. So, hantar doa dari Mesir aje lah. Sedih juga kat mak ayah adik tinggal kat Malaysia. Sedih tak dapat tolong angkat sabut, baja semua. Mak pun bukan larat nak angkat banyak banyak dah. Ayah, walaupun kuat lagi, tapi still rasa hmmm. Kesian juga kat adik. Tak dapat tengok dia masuk form 4. Tak dapat tengok dia jawab PT3 dia. Kakak-kakak semua tak ada, mesti dia sedih tapi bangga. Alhamdulillah.
Lupa ada lagi sekoq. Si kucing! Rindu nak bagi ikan goreng setiap hari. Rindu nak dengar dia meow nak makan. Meow masuk rumah.

 Si gemok lepak tepi beg aku hari tu. Macam tahu aje aku nak balik Mesir dah.

Balik dari beli barang kat Fathallah (supermarket) tadi, bergenang juga airmata. Terharu adik dapat tempat yang baik. Moga Allah lindung angah kat tempat orang. Moga angah kuat terima cabaran.

Ahhhhhhhhhh, sumpah nangis!

(Airbus A388)
(Kredit : Phone ayah)

Semoga angah dan kawan-kawan yang 36 orang ni selamat sampai ke London Heathrow Airport. Belajarlah sungguh-sungguh. Moga apa yang dicita-citakan menjadi kenyataan. Moga Allah lindungi perjalanan angah.

Terima kasih pertamanya kepada Yang Maha Esa, menganugerahkan jalan hidup ini, walaupun kadang aku rasa nak give up. Rahmat Allah itu pasti ada.
(Yang penting kau kena yakin , Nadzirah! Pedulikan bisikan leka dalam diri kau!)

Kedua kepada mak dan ayah. Bertungkus lumus mendidik kami bertiga. Dari zaman tak ada duit sampai lah zaman sederhana ni. Niaga siang malam. Memang tak boleh nak ungkap dengan kata. Hanya Allah saja yang mampu membalas pengorbanan mak ayah.

 Terima kasih buat cikgu-cikgu yang dah ajar saya adik beradik sampai ke tahap ni. Dari tadika sampailah peringkat universiti. Ilmu yang cikgu beri, membantu kami. Moga sorga buat cikgu!


(Nangis lagi....)


Teringat aku dah Tahun 4.

Berjurai air mata....

Doakan aku kuat.