Pages

Saturday, 19 September 2015

WINGARDIUM LEVIOSA

Salam.

Good evenin' !
Hari ni, adik aku fly sambung belajar jurusan Matematik. Degree. Di bawah tajaan KPM-Matrikulasi.

Tengok ayah post gambar, terharu rasanya. Sedih. Happy. Bercampur-baur. Aku tak dapat hantar sebab dah start kelas. So, hantar doa dari Mesir aje lah. Sedih juga kat mak ayah adik tinggal kat Malaysia. Sedih tak dapat tolong angkat sabut, baja semua. Mak pun bukan larat nak angkat banyak banyak dah. Ayah, walaupun kuat lagi, tapi still rasa hmmm. Kesian juga kat adik. Tak dapat tengok dia masuk form 4. Tak dapat tengok dia jawab PT3 dia. Kakak-kakak semua tak ada, mesti dia sedih tapi bangga. Alhamdulillah.
Lupa ada lagi sekoq. Si kucing! Rindu nak bagi ikan goreng setiap hari. Rindu nak dengar dia meow nak makan. Meow masuk rumah.

 Si gemok lepak tepi beg aku hari tu. Macam tahu aje aku nak balik Mesir dah.

Balik dari beli barang kat Fathallah (supermarket) tadi, bergenang juga airmata. Terharu adik dapat tempat yang baik. Moga Allah lindung angah kat tempat orang. Moga angah kuat terima cabaran.

Ahhhhhhhhhh, sumpah nangis!

(Airbus A388)
(Kredit : Phone ayah)

Semoga angah dan kawan-kawan yang 36 orang ni selamat sampai ke London Heathrow Airport. Belajarlah sungguh-sungguh. Moga apa yang dicita-citakan menjadi kenyataan. Moga Allah lindungi perjalanan angah.

Terima kasih pertamanya kepada Yang Maha Esa, menganugerahkan jalan hidup ini, walaupun kadang aku rasa nak give up. Rahmat Allah itu pasti ada.
(Yang penting kau kena yakin , Nadzirah! Pedulikan bisikan leka dalam diri kau!)

Kedua kepada mak dan ayah. Bertungkus lumus mendidik kami bertiga. Dari zaman tak ada duit sampai lah zaman sederhana ni. Niaga siang malam. Memang tak boleh nak ungkap dengan kata. Hanya Allah saja yang mampu membalas pengorbanan mak ayah.

 Terima kasih buat cikgu-cikgu yang dah ajar saya adik beradik sampai ke tahap ni. Dari tadika sampailah peringkat universiti. Ilmu yang cikgu beri, membantu kami. Moga sorga buat cikgu!


(Nangis lagi....)


Teringat aku dah Tahun 4.

Berjurai air mata....

Doakan aku kuat.

No comments:

Post a Comment