Salam.
Finally, today, at this moment, berjaya juga tulis entry baru. Lama sangat dah tak menulis ni. So, kali ini nak kongsi moment perjalanan cuti musim sejuk di Siwa dan Matrouh. Which are in Egypt.
(Sumber : Google.com)
Dari peta atas ini, boleh nampak kedudukan Siwa dan Matrouh. Agak jauh dari Alexandria (where I am right now) sebenarnya. Perjalanan ke Siwa memakan masa lebih kurang 7-8 jam by BUS. Untuk ke Matrouh, 4 jam. Sepanjang perjalanan, akan lalu padang pasir. Memang pejam celik pejam celik yang kau nampak hanyalah padang pasir ya. Luasnya, tak terkata.
Trip yang aku pergi ni, dalam 16 orang. Kami bertolak 1.30 am dari Alexandria. Baru 15 minit perjalanan, semua dah krohh krohh. Ye la sebabnya pukul 1 kot. Masa tidoq. Then bila nak masuk waktu subuh, kami singgah kat masjid kawasan Matrouh (untuk ke Siwa, akan lalu Matrouh dulu). Sejuk dia, tak payah cakap la. Ni bukan tahap menggigil dah. Menjigil jadinya. HAHAHA. Teringat pulak sejuk air di Turki. Lepas solat subuh, kami teruskan perjalanan ke Siwa.
Sampai sahaja di Siwa, kami dibawa ke kawasan tasik garam. Cantik sangat subhanallah. Cetek je tasik ni. Memang boleh celup celup kaki (rasanya la. huhu). Kami tak celup kaki pun. Sekadar pegang dan fyi, air garam ni tidak langsung melekit pada tangan. Rendamlah sampai pangkal lengan pun, masih tidak melekit. Kami juga diberitahu bahawa air garam ini memang digunakan oleh penduduk sekitar Siwa. Mereka tak perlu beli garam di kedai-kedai. Hanya ambil sahaja dari kawasan tasik ini. Kagum kan dengan ciptaan Allah? Ada bahagian tasik ini juga dikatakan walau diambil berkilo-kilo garam sekalipun, ia takkan habis. Garam akan sentiasa keluar dari dalam bumi. Continuous supply la kiranya.
Tasik garam, Siwa. Yang putih putih tu garam.
(Sumber : Phone sendiri)
(will be continued~~)


No comments:
Post a Comment