Pages

Wednesday, 19 August 2015

TIP dan PENGALAMAN TRAVEL

Granada, Spain.
(Kredit : Phone sendiri )

Salam.

Hai. Hello semua !
Ini entry pertama setelah berkurun tak ber-blog. Sebab tak ada masa (Baca : busy memanjang). Hehe. So, this time nak kongsi tip-tip untuk travel ke luar negara terutama untuk STUDENTS. Ya, macam aku la tu. Cakap pasal travel ni, semangatnya tuh, membara betul sampai kau lupa tak cari lagi patient untuk gigi palsu ( again, aku. her her). Nak travel ni, perlukan perancangan. Kalau pakai bedal je, nampaknya melayanglah rengget kau tu. 

Disebabkan aku ni belajar kat Mesir, ini lah peluang aku nak merasa jejak kaki ke negara orang. Bila lagi kan? Dah balik Malaysia nanti belum tentu dapat ke negara Eropah ni (kecuali kawin dgn org kaya.hihi.) . Lagi pun, lebih banyak korang travel, lebih luas pengalaman korang. Kenal budaya orang. Okay, macam mana nak rancang travel ni? 

1. RANCANG

Kenapa nak kena rancang pulak? Rasional nya, tak nak ada pembaziran. Tengok negara mana nak pergi. Macam haku, tahun 2015, haku pergi Spain. Google matawang dia dulu. Agak-agak mampu nak ke sana, teruskan. Macam students, digalakkan tak lebih dari RM7000 (termasuk tiket flight, accomodation etc). Tapi kalau mampu lebih dari itu, tak ada masalah. Pilihan masing-masing. Sebaiknya, rancang dalam 2 atau 3 bulan awal dari tarikh penerbangan. Lagi awal rancang, lagi baik.

2. TEMPAT MENARIK

Ini penting. Senaraikan tempat-tempat yang jadi tarikan pelancong. Macam aku, kat Spain. Antara tempat menarik/wajib pergi :
- Plaza Mayor
- Sagrada Familia
(Kredit : Phone sendiri )
- Al-Hambra
(Kredit : Phone sendiri )
- Stadium Camp Nou/ Bernabeu
(Kredit : Phone sendiri )
- Magic Fountain 

Banyak lagi sebenarnya. Tapi cari la sendiri ye. Hehe. Yang penting, senaraikan. Pergi atau tak tu, lain cerita.

3. PENGINAPAN

Sebolehnya, cari yang harga berpatutan. Aku pergi guna agent, so, penginapan dll memang dah siap diuruskan. Tinggal kekuatan nak travel je yang perlu aku sediakan (her her). Kalau ada kad kredit, lebih mudah nak uruskan deposit pembayaran.

4. PACKING BARANG 

Tak perlu bawa macam-macam. Baju untuk tidur dalam 2-3 helai dah cukup. Pakai sekejap saja. Paling penting, kalau travel negara beriklim sejuk atau nak travel masa winter, bawa lah :
- winter coat/baju tebal ( duhh, of course. Maximum 2)
- baju (kurangkan bawa yang jenis chiffon, sebab kalau pakai dengan baju tebal/berbulu nanti ada electric static, so nanti rimas)
- long john (petticoat pun boleh je sebenarnya kalau kau jenis tahan sejuk)
- moisturizer ( kulit akan jadi kering, so kena bawa okay)
- lip balm ( WAJIB! Hari ketibaan tu, dah kena start sapu. Kalau lambat, nanti bibir akan mengelupas sebelum kau sempat sedar).
- makanan ( instant, biskut, roti. Bawa terutama ke negara yang susah nak dapat makanan halal macam Spain).
- kasut (boot. prefer kasut tebal macam nike ke. Nanti beku kaki kau).
- glove/ mafla
- toiletries 

5. IT'S ALL ABOUT THE MONEY, MONEY, MONEY

Bawalah secukupnya ya. Berbelanja ikut kemampuan. Jangan jadi tak keruan pula bila nampak barang murah. Sila convert ke ringgit dulu ye. Nanti, tahu tahu kering dah poket tu. Beli fridge magnet ke, t shirt pun dah okay. Jimat jimat, yang penting pengalaman ke negara orang. Kalau nak tanya aku, sebolehnya aku memang tak belanja lebih dari RM7000. Serba cukup. 


Okay, kalau ada apa-apa pertanyaan, boleh komen kat bawah. Maybe ada yang kurang jelas kat atas ni, bolehlah tanya apa-apa ye.

Sekian.
 

No comments:

Post a Comment