Monday, 24 August 2015
YUMMEH CINNAMON ROLLS
Salam.
Ini resepi cinnamon rolls yang meletopzz.
Selamat mencuba.
Dough:
2 3/4 cawan tepung (all-purpose)
1/4 cawan gula
2 sb mentega (dicairkan)
1 biji telur
21/4 sb yis
1/2 cawan air suam
1/4 cawan susu segar (cth : dutchlady)
1 sk garam
Cinnamon filling :
2/3 cawan gula perang (brown sugar)
1/4 cawan mentega (1/2 stik)
1 sb cinnamon (kayu manis)
1 sk vanila
atau kalau nak senang, beli aje CINNAMON SUGAR yang dah siap semua tak perlu tambah lain kecuali vanila sahaja. Kat supermarket selalunya bahagian spices ada.
Sugar Glaze :
Gula icing
Susu segar
Vanila
(dibancuh mengikut citarasa dan kepekatan)
Cara-cara:
1) Masukkan yis, susu segar, air suam dan sesudu gula ke dalam satu bekas. Kacau dan biarkan selama 5-10 minit di tempat yang "warm".
2) Ambil bekas lain, masukkan tepung dan garam. Kacau sebati.
3) Yis yang telah dikacau bersama bahan lain tadi, akan kelihatan "double in size". Kemudian, masukkan telur, garam, mentega dan baki gula ke dalamnya. Kacau sebati.
4) Masukkan campuran yis di atas ke dalam tepung dan gaul sehingga sekata.
5) Uli adunan dalam 8-10 minit.
6) Biarkan selama 1 jam untuk adunan lebih kembang.
7) Selepas 1 jam, leperkan adunan mengikut lebih kurang bentuk empat segi menggunakan "roll pin" atau apa sahaja yang berbentuk silinder.
8) Sapukan mentega pada adunan yang leper. Kemudian, sapukan cinnamon filing.
9) Gulung adunan dan potong mengikut citarasa.
10) Biarkan 30 minit lagi untuk adunan bertambah kembang/naik.
11) Selepas itu, bakar di dalam ketuhar oven pada suhu 170-190 degree celcius selama 15-20 minit.
12) Selesai dibakar, sapukan sugar glaze di atas dan hidangkan.
SELAMAT MENCUBA!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment