Pages

Saturday, 22 August 2015

PENGALAMAN BELAJAR DI MESIR

Pemandangan Laut Mediterranean dari Kafe Selsela, Iskandariah Mesir.
P/S : syai billaban (teh susu) dia sedap
(Kredit : Phone sendiri)

Salam.

Apa habaq semua? (ceh, betui ka apa aku tulih?). Moga sihat hendaknya. Hari ni tiba-tiba rasa nak menaip pulak. Setelah difikir-fikir, hmm, not bad jugak kalau share pasai belajaq kat Mesiaq ni (<-- ni over kan? hahahaha). Jangan salah paham nah, aku orang Selangor tapi bajet reti loghat Kedah. Hahaha. Bulih lah sikit-sikit. Campur pengalaman belajar kat Penang plus dapat housemates semua oghang Kedah nuh. 

Hah, dah start merapu. Hihi.

Okay. Okay. 
Macam mana aku alhamdulillah dapat sambung belajar kat Mesir ni? Panjang ceritanya. Aku bagi hat (Baca : yang) short je la ye. Ceritanya lepas habis Asasi Uitm Puncak Alam, mak ayah lebih nampak dan lebih suka kalau aku sambung dalam bidang perubatan ni. Aku pulak memang suka bab-bab biologi bla bla bla. So, setelah ayah fikir-fikir tolak tambah darab bahagi semua, ayah decided hantar aku ke Mesir. 

Eh UPU kau macam mana?

Aku mohon UPU lepas habis Asasi tu. Aku dapat Degree in Biology Marine kat UMT. Sebelum tu, ada jugak dapat interview untuk Nursing kat USM. Tapi mak ayah tak harap sangat aku dapat Nursing tu. Maybe sebab personaliti aku kurang sesuai kot dengan Nursing. Ntah aku lembik bila kena basuh dengan HO ke Pakar ke. Hahaha. Padahal ambil Dentistry ni pun bakal dibasuh bersih oleh orang atas. Tsk tsk tsk.

Persekitaran New Cairo.Otw ke IKEA
(Kredit : Phone Sendiri)

Tahun 2012, sekitar bulan September, mungkin 21 haribulan, aku berangkat ke Mesir dalam niat belajar course yang bernama Bachelor of Dental Surgery dan juga...linangan air mata (semestinya weh. Jauh kot. Thousand miles..). Aku pergi sana dengan agen. Spesifikasinya, Global Medic Network (GMN). Selalu orang kata "Ala, pergi dengan agen senang lah nak masuk bahagian perubatan ni". Hmm, kejap kejap. Tak betui tu sebenarnya. Nak masuk Mesir ni pun kena ada kelulusan yang bagus. Kalau kelentong result pun, tak berkat dik. Tak berkat. Nak belajar di bumi Anbiya' ni kaf.ba.ro.kaf.alif.ta.nun kena ada. Aku nasihatkan kalau nak masuk bidang kritikal ni, sekurang-kurangnya jangan ada C dalam result SPM. Bukan apa, nanti kau akan faham pentingnya kau score bila kau dah naik tahun klinikal atau tahun seterusnya.

Pesana penaja. Betulkan niat. Kenapa nak belajar bidang sekian-sekian. Kenapa kat Mesir? Semua tu mesti WAJIB adik-adik yang bakal ke Mesir ni tanam dalam hati. Sebab apa? Sebab hidup dan belajar di bumi Anbiya' penuh cabaran dik. Mesir : Misr : MIM, SOD, RO : musibah, sabar, redha. Itulah kata-kata seniors aku bila pertama kali aku jejak ke Mesir. Masa tu nak expect apa pun tak tahu. Sebab tak kenal suasana orang Timur Tengah/ Middle East ni. 

Sampai je Mesir, masa tu kat Cairo International Airport, terus macam poofffff kat muka. K, pasir. Hmm.. Ni memang sah la aku sampai Mesir ni. Suasana masa tu kuning, berasap, bunyi hon. Woww, dah ada "hint" untuk kehidupan akan datang. Okay ni semua monolog dalaman aje. Hik. 

Beberapa bulan lepas tu, aku macam dah pro la kononnya nak cakap bahasa arab  ni. Puihh. Basic nak beli barang boleh la. Cuba suruh sembang, hmmmm kelaut le gamaknya. Yang tahu asyik "la'", "lau samaht", "aizah", " wahid bas". Hahaha. Aku kagum dengan kawan-kawan yang boleh fluent cakap bahasa arab ni. Aku faham kalau orang Arab cakap/tanya. Tapi tak reti balas. Hmm macam mana tu? Ni dah masuk klinikal  ni memang macam ayam dan itik. Nak sampaikan lain, orang faham lain. Alahai diri. Cepatlah reti cakap!

(Iklan: Semalam pergi kedai buku Borders. Beli catatan Matluthfi. Apa yang boleh aku katakan, WOW !) 


So far, alhamdulillah masih lagi survive di Mesir. Moga baki lagi 2 tahun ni aku manfaatkan sepenuhnya. Sekejap aje 2 tahun tu. Mudahan semua berjalan lancar. Berdebar rasanya nak terima cabaran seterusnya dari Yang Maha Esa. Moga aku kuat.

10 comments:

  1. Assalamualaikum kak, how can i contact you? Sy ada beberapa soalan tentang belajar di sana :)

    ReplyDelete
  2. Bismillahirrahmanirrahim.
    Assalamualaikum wbt.
    Saya MUHAMMAD ZAHIN BIN MOHD KHAIRI

    Buat makluman semua,
    Saya bakal melanjutkan pengajian di universiti Al Azhar, Mesir dlm bidang Syariah Islamiyyah.
    Penerbangan dijgka pada 11 julai 2016.
    Sehubungan itu,
    Saya memohon agar kalian dpt menghulurkan sedikit sumbgn Atau Infaq bagi memudahkn pengajian saya di sana, selama 5 thn. Kos yg diperlukan sebanyak RM 10, 000(tahunan).

    Hubungi atau Whatsapp ke nombor
    *013 5035620(ZAHIN)

    Email : zahinkhairi97@gmail.com

    Hai orang2 yang beriman,sukakah Kamu Aku tunjukkn suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih ,? ( iaitu ) Kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu,jika kamu mengetahui, ( As – Saff ,10 – 11 ).

    Semoga Allah membalas kebaikan yg dihulurkan . Jasa kalian amatlah saya hargai.

    ReplyDelete
  3. Bismillahirrahmanirrahim.
    Assalamualaikum wbt.
    Saya MUHAMMAD ZAHIN BIN MOHD KHAIRI

    Buat makluman semua,
    Saya bakal melanjutkan pengajian di universiti Al Azhar, Mesir dlm bidang Syariah Islamiyyah.
    Penerbangan dijgka pada 11 julai 2016.
    Sehubungan itu,
    Saya memohon agar kalian dpt menghulurkan sedikit sumbgn Atau Infaq bagi memudahkn pengajian saya di sana, selama 5 thn. Kos yg diperlukan sebanyak RM 10, 000(tahunan).

    Hubungi atau Whatsapp ke nombor
    *013 5035620(ZAHIN)

    Email : zahinkhairi97@gmail.com

    Hai orang2 yang beriman,sukakah Kamu Aku tunjukkn suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih ,? ( iaitu ) Kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu,jika kamu mengetahui, ( As – Saff ,10 – 11 ).

    Semoga Allah membalas kebaikan yg dihulurkan . Jasa kalian amatlah saya hargai.

    ReplyDelete
  4. Akak nnti buat HO kat sana ke?
    Saya pun insyaAllah akan ke sana.
    Nnti dh habis mcm mana eh?? Saya ke sana tajaan sendiri.. klu mcm org yg ada biasiswa dia akan kerja dgn kerajaan 10 tahun. Klu tajaan sendiri mcm mana plak?

    ReplyDelete
  5. Akak nnti buat HO kat sana ke?
    Saya pun insyaAllah akan ke sana.
    Nnti dh habis mcm mana eh?? Saya ke sana tajaan sendiri.. klu mcm org yg ada biasiswa dia akan kerja dgn kerajaan 10 tahun. Klu tajaan sendiri mcm mana plak?

    ReplyDelete
  6. Bagaimana nk contact akak ye?

    ReplyDelete
  7. Akak how can i contact you?? I have a few questions to ask...

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum kakak..
    Macam mana saya nak contact kakak?
    Saya ada beberapa soalan nak tanya boleh?

    ReplyDelete